Friday, January 16, 2009

poNGgaL D' Alaf barU

WAH...rindu giler nak mencoretkan kata kata bernas, penas lagi melaserkan dalam post-post seterusnya..malangnye skang nie kena lebey berhati hati bagi menjaga hati sesetengah pihak...malangnyer tiada sekeping gambar pun berjaya dirakam kerana hdset x der arr...

erm...tapi jgn lupa utk sentiasa 'STAY TUNED' ngan blog nie ,,,mana tau nanti TERBUKA lak hati aku nak tulis balik cerita cerita panas kat cni...he he he..apa aku kesah?? jgn marah bang!!!


time: 8:45pm venue: atas katil kat bilik
azan baru je lepas berkumandang, menandakan masuk waktu isyak...jam tepat kul 8.45 mlm..aku kat atas katil meneruskan tinta coretan aku utk sekalian kalinye dan utk tatapan peminat peminat semua..he he he (sungguh berangan)...utk post kali nie aku nak citer satu perayaan ORG HINDU yang diadakan BARU-BARU nie kat kolej aku...sangat menerujakan!!aku ader pantun yang pasti menerujakan korang tok kenalkan perayaan nie...(reka sndri ek..no..copy n paste)

meriah sungguh kolej KTT,

susu lembu susu suci, (ade ke susu lain yang suci...tolong senaraikan..kengkawan)

PONGAL nama sambutan diberi,

tumpahnya susu, memberi 'prosperity'...he he he.

sungguh menerujakan bukan??

nie..pantun moden ade campur english-malay sket...( ala...yang penting bunyi sama hujung dia)
perayaan nie yang disambut meriahnye petang rabu di perkarangan kolej ......

memula tue agak malas nak pergi..since baru je abes kelas..tapi bila pengerusi ICS (indian comunity society sendiri yang jemput ...pegi gak arr... but this celebration was fun and
interesting...sungguh menerujakan!!
for the first time, dalam hidup aku sama sama menyaksikan sendiri susu lenbu yan di didih ngan 'clay pot' melimbah daripada mulut clay pot tue.. sangat menerujakan!!! tatkala susu melimpah...menyembah bumi...chewah..

menurut kepercayaan org india ..klu kita berjaya menumpahkan susu tue..kita akan dicurahkan prosperity yang berpanjangan sepanjang tahun nie....( apa agaknyer kan 'prosperity' yang dimaksudkan..x sabo rasanyer kan...datin?? he he he)

sekitar majlis pongal ktt yang sememangnyer menerujakan!!!.....

  • pongal sebenarnyer boleh disamakan ngan pesta menuai pada Hari gawai cuma cara dan bangsa yang berlainan meraikannya...
  • daripada 3 'claypot' yang di didihkan dgn susu lembu asli , hanya satu berjaya mencapai objektif utk melimpah ruah..he he ..kira ok lah 2..prosperity..prospererity..!!!!
  • tarian klasik india yang dipersembahkan juga merupakan highlight pada hari tersebut, sonok bila dapat lihat staff lebey pandai menari dari student...
  • cuaca pada hari tersebut kurang mengizinkan (mendung dan hampir hujan), walaubagaimanapun semua acara dapat diselesaikan sebelum hujan turun...
  • makanan india juga disediakan utk pensyarah...(banyak gak makanan yang x pernah mkn ade yang menyelerakan ade juga yang 'pelik' bila dirasakan..apa apa pun satu pengalaman yang menerujakan
  • presiden ICS cuba bercakap dalam bahasa melayu namun penggunaan bahasa yang sederhana dan agak kekok agak mencacatkan sedikit majlis..lebih baik jika berbahasa inggeris...
  • seronok dapat tgk suma students tak kira lah melayu ke, india ke cina ke berkumpul tok tgk perayaan nie..

SUNGGUH MENERUJAKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s: sonok dapat kenal budaya rakyat malaysia yang berbilang kaum....proud to be MALAYSIAN...baik murid murid PERKATAAN hari ini ialah....MENERUJAKAN ( TERANSANG ATAU ENGLISH; EXCITED ATAU TAMIL ; xsempat nak blaja) hu hu hu!!!

No comments: