Tuesday, April 7, 2009

episode 1 : resignation!!!

CEO KTT,

Surat Perletakan Jawatan ( EDITED VERSION- untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak)

Merujuk kepada perkara diatas, saya dengan ini ingin memaklumkan perletakan jawatan saya berkuatkuasa ------- iaitu 3 bulan dari tarikh surat ini.

2. Dimaklumkan perletakan jawatan saya ini adalah kerana beberapa perkara diantaranya;

i) ingin mencari peluang dan perkembangan kerjaya yang lebih meluas

ii) tawaran -------------- daripada ---- yang saya terima dua hari lepas tidak dapat saya lepaskan.

3. Disini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak kolej menerima saya sebagai ----- disini. Kenangan bersama staff dan pelajar tidak dapat saya lupakan. Kolej ini menjadikan saya dari seorang yang tidak mempunyai apa-apa sehingga saya menjadi rebutan beberapa kolej swasta( klu korang nak tau lah: Taylors, Stamford, uNITi..etc).yang tidak perlu saya nyatakan disini.(From zero to hero) Tetapi saya terpaksa menolak kerana persekitaran dan kepuasan berkerja yang lebih menarik disini. -------------- merupakan satu kolej yang unik dan mempunyai potensi untuk lebih berkembang jika terus ditunjangi oleh Datin. Jika diberi peluang satu hari nanti, saya mungkin akan kembali berkerja disini.


4.Sebelum saya melepaskan jawatan saya sebagai ------------, saya akan pastikan saya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja saya dan menyiapkan semua tugasan dengan bersungguh-sungguh tanpa kompromi.

5. Jasa dan layanan baik Datin tidak dapat saya lupakan, dengan mengambil ‘fresh graduate’ merupakan salah satu kekuatan kolej ini kerana ia menjadikan dan membentuk seseorang individu mengikut acuan kolej ini sendiri adalah satu langkah yang unik dan lain dari yang lain.

6. Saya sangat berbangga menjadi salah seorang dari staff kolej ini.dan sememangnya tidak dapat saya ungkapkan dengan kata kata. ------- meninggalkan kolej ini kerana ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokan dan berbeza.------------------.

7. ------------------------------------------------------------------

8. Saya dengan ini berharap Datin dapat menerima perletakan jawatan saya ini.Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Datin dan semua staff kolej yang banyak membantu dan menyokong saya.Saya sentiasa mendoakan agar kolej ini menjadi kolej yang sejahtera malah cemerlang gemilang dan terbilang bukan sahaja di Malaysia malah di peta dunia.

Terima kasih.

cam ne ok x??
x kesah lah apa org nak kata ttg resignation letter nie...tapi aku IKHLAS?? I REALLY MEANT IT...............

P/S: Sedey giler nak tinggalkan KTT...isk..isk..isk...
rasa x ready lagi???

4 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

u nak keje kt mane lak skrg? i ingt u keje dgn uitm.. :)

caseRAZachary~Hafiz said...

mana ade i keje kat one of the private colleges kat nilai skang i dapat PTD...

C-kin a.k.a Syikin said...

ohhh!! tidak!!
kire compem ar ni nak resign sir??
neway, i wish u gudluck in whatever
u do next!
forget me not k!

Boyz said...

alamak.....apsal semua org yang keje mcm ni....mesti dapat ptd..pastu...mesti semua nak g sana...hehehhe...best sgt ke.....nita pon mungkin akan tinggalkan aku gak.....hish....neway..good luck apis.....ko mmg best!!